MARI KITA BERSEMBANG TENTANG GUSTI

DULU..KINI..DAN SELAMANYA GUSTI

Khamis, 1 Julai 2010

-PENGENALAN

Aku memang minat ngan gusti walaupun orang berkata semua itu hanyalah lakonan semata-mata.Namun itu tidak menghalang minat aku terhadapnya.Aku tak pasti sejak bila aku meminati gusti ini kerana aku terdedah kepada dunia gusti sejak umur aku 6 tahun lagi.Pada masa itu tv menyiarkan gusti yang bertajuk 'Wrestling From America' dan 'On The Mat' dan ada juga 'Wrestling From Great Brittain' dan tajuk-tajuk lain yang aku dah ingat lagi.
Pada masa ini hanya terdapat 2 pertubuhan gusti yang terkenal walaupun terdapat pertubuhan gusti kecil yang lain.WWE dan TNA telah mendominasi arena ini ketika ini.
WWE adalah upgrading daripada WWF yang sebelum itu juga di kenali sebagai WWWF.Sebelum zaman WWF meletup sekitar tahun 1983 setelah kemunculan Hulk Hogan terdapat 3 badan gusti yang tersohor iaitu USEW,NWA dan AWA.
Penggusti yang mendominasi juga kerap bertukar dari zaman Bruno Sammartino dan ketika ini zaman John Cena walaupun di tengahnya ada kehadiran Andrea The Giant,Hulk Hogan,Rick Flair dan lain-lain penggusti lagi.
Aku juga beruntung kerana aku pernah menyaksikan gusti sacara live ketika mereka berkunjung ke Kuala Lumpu.Yang pertamanya ialah pada tahun 80an yang di adakan di stadium negara dan ahli gusti yang hadir seingat aku adalah Mark Lewin,The Sheikh dan beberapa orang lagi.Yang kedua adalah awal tahun 2000 di stadium Bukit Jalil yang di hadiri ramai ahli gusti yang terkenal seperti The Rock,Rick Flair,Chris Jericho.Big Show dan yang lain-lain lagi.
Blog ini aku cipta adalah untuk berkongsi denagn apa yang aku tahu mengenai gusti ini.Aku memeng suka buka profile penggusti yang ada walaupun setengahnya sudah bersara dan meninggal dunia.
Kepada semua di harap dapat membaca dan berkongsi pendapat aku tentang dunia gusti ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan